MATLAMAT DAN OBJEKTIF SYARIKAT

Matlamat Syarikat :

PS TANI mensasarkan untuk menjadi syarikat pertanian yang berjaya dan menguntungkan dengan memanfaatkan tanah untuk pertanian sebaiknya di samping mempelbagaikan hasil produk pertanian dengan membuka pasaran dan produk baru samada secara tradisional atau berteknologi tinggi.

Objektif Syarikat :

  1. Menjalankan kegiatan pertanian tanaman yang mempunyai permintaan yang tinggi dan berkekalan seperti serai, nanas dan buah-buahan
  2. Membekal benih pokok-pokok yang mempunyai permintaan yag tinggi
  3. Menjalankan kegiatan pertanian ternakan yang mempunyai permintaan yang tinggi seperti kambing, lembu, dan rusa.
  4. Menghasilkan produk dan keluaran yang berkualiti dan berkuantiti.
  5. Memanfaatkan teknologi yang ada.
  6. Mencipta pasaran baru di dalam dan di luar negara.

Monday, October 8, 2007

PROJEK NENAS




Penanaman Nenas telah di lakukan pada awal 2006, dan sekarang telah mula menuai hasil dan penanaman semula. Nenas yang di tanam ialah nenas jenis "Yankees" atau "Super Sweet" yang jarang di tanam di semenanjung dan hanya terdapat di Selangor dan kebanyakannya di daerah Kuala Langat sahaja. Nenas Yankees walaupun kelihatan tidak kekuningan akan tetapi kemanisannya tidak dapat digambarkan oleh kami. Nenas yankees juga tidak lidas dan sangat sesuai untuk kanak-kanak.